Saturday 15 September 2012

Permulaan...

Assalamua'laikum dan salam sejahtera semua...
Hari ini pyb ada 1 cerita baru untuk dikongsikan bersama teman2 yang sudi hadir di sini. Ceritanya begini... Pada suatu hari, Pak Mat beli lori. Lori dia baru sebab baru aje beli.. :) hehe  saje je tu..

Mula2 sekali pyb nak tanya, apa pendapat anda tentang EMAS ? Agak2lah kan, kalau 1 keping emas seberat syiling 10sen jatuh atas tapak tangan anda, apa anda rasa? :)
Mesti happy yang teramatkan.. Yela, mana tak nya, tiba2 je jatuh kan.. pyb pun melompat.. hehe
Tapi kita semua tahu lah kan, tak kan mungkin perkara itu terjadi kan.. Apa2 pun usaha untuk mendapatkannya mestilah ada, baru kita boleh dapatkan.
Apa yang pyb nak nyatakan di sini adalah, simpanan yang kita buat adalah lebih baik dengan menyimpan dalam bentuk EMAS daripada wang berbentuk kertas atau syiling. Betul tak?
pyb pun akan mula menyimpan dalam bentuk EMAS nanti bila sampai masanya nanti.. InsyaAllah.. 
 * gambar di atas adalah sekadar hiasan sahaja.

InsyaAllah, apabila tiba masa itu nanti, pyb akan infokan di laman ini untuk tatapan semua tetamu yang hadir di sini. Ianya juga adalah satu perniagaan yang akan pyb ceburi dan insyaAllah, dapat melakukannya dengan terbaik bersama rakan2 kongsi pyb ;) ...

* gambar di atas adalah sekadar hiasan sahaja.

Sekiranya nanti ada yang berminat, bolehlah bertanyakan pyb.. Jadi, cukuplah dulu untuk jangka masa ini.. :)  pyb pun tak ada idea lagi nak tulis panjang2 kat sini.. Apa2 pun sama2lah kita tunggu info2 dari pyb nanti yer.. ^_^

OK.. Terima Kasih semua yang datang... hehe

Friday 31 August 2012

Bisnes lagi...

Halo Selamat Kembali... ^_^
Sambil2 rehat tengahari ni tergerak pulak nak jenguk kat PYB ni.. Lama dah tak menjenguk kat sini.. Kali ni nak cakap tentang bisneslah sikit.. Alhamdulillah syukur kepada-NYA kerana sampai hari ini bisnes pelaburan masih ditahap yang terbaik dan diharapkan ianya sentiasa berjalan dengan baik, InsyaAllah..

Biasalah kalau nak berbisnes kena ada modalnya.. "no money no talk" macam pernah dengar kan.. hehe  Jadinya usaha mesti diteruskan.. "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" .. PYB ada tergerak hati untuk buat 1 bisnes ni.. modal tak besar sangat pun tapi nak mengumpulnya makan masa jugak.. hehe  bisnes ni boleh buat bila ada masa2 free or masa cuti.. jual pun boleh dengan online.. tapi yang pentingnya kena tanya pada yang berpengalaman.. dan kalau boleh ingin jugak untuk buat dalam 1 kumpulan.. buat 1 group , bincang + idea + modal + faedah/manfaat.. Walau bendanya kecik tapi bukan senang nak membuatnya.. hehe 

Biar perlahan asalkan selamat.. Tunggu kedatangan 'post' bisnes yang akan datang jika berjaya diluluskan nanti.. ^_^ 

Friday 11 May 2012

Salam Kembali... ^_^


Assalamua'laikum & salam sejahtera kepada rakan2 yang sudi menjenguk PYB di sini..
Sudah lama PYB tenggelam kan.. :) Al-maklumlah sedikit busy la katakan..hehe
Hari ni baru terasa nak buka balik.. Syukurlah ianya masih wujud.. :) 
Sebelum apa2, PYB nak berpantunlah sikit untuk permulaan di sesi baru.. ;)


Dalam air ternampak bayang
Terjatuh batu bayang pun pergi
Salam kasih salam sayang
Terima kasih & datang lagi..

Sebenarnya PYB sekarang ni tengah redesign dan mungkin akan kembali sedikit masa lagi dengan info2 terbaru yang mungkin dapat membantu kawan2 tak kiralah apa sekalipun asalkan ilmu yang berguna. Diharap kawan2 bloggers dapat berkongsi input2 yang berguna dengan PYB. Bak kata pantun orang dulu2 ;

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
PYB budak baru belajar
Jikalau salah tolong tunjukkan. ;)

Sekian dulu untuk kali ini.. PYB terpaksa undur diri dahulu kerana ada hal2 penting untuk dilakukan. Semoga berjumpa lagi.. ^_^

Wednesday 18 January 2012

Simpanan & Perlindungan masa depan anda

eTiQa untuk SEMUA
Simpanan & Perlindungan
ETIQA TAKAFUL PRIMA

Kelebihan & keistimewaan untuk peserta;
1. Tunai 10% daripada perlindungan asas takaful bagi setiap 3 tahun sekali selama tempoh penyertaan peserta walaupun tidak ditimpa musibah.
2. Manfaat yang ditawarkan adalah;
- i - hilang upaya yang kekal @ lumpuh
- ii - kematian yang lebih awal
- iii - hari tua
3. Manfaat tambahan untuk peserta (pilihan);
- i - Elaun hospital @ wad
- ii - elaun cuti sakit (MC) kerana kemalangan
- iii - penyakit kronik 
- iv - kad kesihatan
Sila lihat carta dibawah sebagai info awal untuk tatapan anda. :) Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor yang tertera. Sekian, terima kasih.

Sebagai tatapan/renungan semua,
HADITH RIWAYAT BUKHARI
"Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan, lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

Thursday 22 December 2011

Khasiat Ayat Kursi

Maksud ayat:
ALLAH, tidak ada yang benar disembah hanya DIA yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagiNYA sesuatu yang ada dilangit dan dibumi, tidak ada yang boleh memberi syafaat kecuali dengan izinNYA. DIA Maha Mengetahui segala apa yang terjadi dihadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmuNYA sedikit jua kecuali yang dikehendakiNYA. Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi. Dan ALLAH tidak merasa berat memelihara keduanya, dan ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar.


Khasiat Ayat Kursi
Ayat Kursi diturunkan oleh Allah S.W.T pada suatu malam selepas hijrah dan menurut riwayat, ketika mana ayat Kursi ini diturunkan, lalu disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya kerana kebesaran dan kemuliaannya. Oleh sebab itu, terdapat banyak khasiat ayat Kursi ini antaranya ;
1.  Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat fardhu, Allah S.W.T akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika dia hendak tidur, maka terpelihara dari gangguan syaitan dan sesiapa yang membaca ayat Kursi dia sedang marah, maka akan hilang marahnya.
2.  Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dia hendak tidur, maka Allah S.W.T akan mewakilkan 2 malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
3.  Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah S.W.T hingga sembahyang yang lain.
4.  Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap2 solat fardhu, Allah S.W.T menganugerahkan ia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan orang-orang  yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah S.W.T melimpahkan padanya rahmat.
5.  Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah S.W.T mengutuskan 70 000 malaikat kepadanya, memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6.  Barang siapa membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah S.W.T berkenan memberikan pertolongan kepadanya.
7.  Sesiapa yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan serta hasutan syaitan.
8.  Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istiqamah setiap kali selepas solat fardhu, setiap pagi & petang, setiap kali masuk ke rumah @ ke pasar, setiap kali hendak masuk tidur @ musafir, insyaAllah akan diamankan dari godaan syaitan & kejahatan pemerintah yang zalim, diselamatkan dari kejahatan manusia & kejahatan haiwan yang memudharatkan. Terpelihara dirinya & keluarganya, hartanya, rumahnya dari kecurian , kebakaran & kekaraman.

Tuesday 20 December 2011

Selamat Pagi teman-teman ;)

 Hai... Selamat pagi ;)
Hari ni bangun pagi2 terasa nak ucap selamat pagi kat pyb ni. hehe  
bola pingpong melantun-lantun, terasa pulak nak berpantun ;)

terlihat cik tom datang ke mari
disapa pak man perkenalkan diri
Assalamu'alaikum dan selamat pagi
buat teman yang berkunjung ke sini.
pasar pagi waktu tengahari
pergi pasar berlari-lari
selamat pagi salam diberi
senyuman mesra di pagi hari.
sarapan pagi makan roti
sambil menari bersama tok ki
selamat pagi senyuman diberi
muka berseri murah rezeki.
gosok gigi sambil mandi
mulut segar muka berseri
selamat pagi ucapan diberi
buat teman yang sentiasa dihati.
bangun pagi gosok gigi
selamat pagi senyuman diberi
terima kasih buat yang sudi
semoga anda berpuas hati. :)

cukuplah dulu 5 rangkap untuk hari ini. :) 
bangun pagi, senaman pagi, mandi pagi, senyuman pagi, sarapan pagi, & selamat pagi... ^_^


Wednesday 14 December 2011

duhai sahabatku...


Orang kata berkawan biar beribu, bercinta biar satu... :)   Dalam kita berkawan banyak perkara yang kita sentiasa pelajari... Kawan adalah antara orang yang sentiasa rapat dengan kita. Berbual bersama, jalan2 bersama, makan & minum bersama, dan lain2 lagi... Namun begitu, perkara penting yang sentiasa dijaga adalah perasaan seorang kawan itu... Ianya bukan senang walaupun nampak mudah... Oleh itu, kepada semua yang berkawan dan mempunyai kawan, ingatlah sentiasa memaafkan antara masing2 kerana kita kadang2 tidak sedar bila dan di mana kita terbuat kesilapan itu. 

Dalam saya tengah kelapangan itu, maka tersedialah sebuah karya untuk sahabat semua... :)  Selamat membaca...


Terima kasih kawan @ sahabat... ^_^