Sunday 11 December 2011

'tak kenal tak cinta'

PYB ruangan kali ini ingin memperkenalkan dirilah.. Al-maklumlah, orang kata ni bukan saya kata ^_^ 'tak kenal maka tak cinta' .. jadi sedikit pengenalan dari pemilik PYB ini.. ;)


Buah ceri di atas para
Hendak di makan si anak dara
Salam diberi pembuka bicara
harap pembaca tersenyum gembira.

Burung nuri duduk bersama
Burung pipit buat selamba
Maka Abang Mat diberi nama
Panggilan pendek untuk hamba.

Kereta Ferrari warnanya jingga
Terkena cat bertompok jadinya
Nak kata pandai tidak juga
Hamba ini biasa-biasa saja.

Toleh kanan nampak singa
Toleh kiri nampak kera
Laman ini memang saya yang punya
Sekadar ingin contengan sahaja.

Bila perigi mencari timba
Timba pula entah ke mana
Terima kasih dari hamba
Kepada tuan yang sudi bersama.

Ulat bulu dalam timba
Ayam terjatuh dalam perigi
Sekian dulu dari hamba
Moga kita bersua lagi.

fuhh.. lain sikit pengenalan saya kali ini.. ^_^ saja nak berkreatif sikit.. hehe apa-apa pun, Salam perkenalan dan selamat berkunjung di sini... ;)

No comments:

Post a Comment