Monday 12 December 2011

oh Ibu ...

Dalam menunggu akan siapnya kerjaku, maka tersiaplah 3 rangkap pantun. Pantun seorang anak dan ibunya. Kasih sayang, cinta dan rindu antara anak dan ibu. Aku sangat mencintai, menyayangi dan merinduimu wahai ibu.

 (gambar sekadar hiasan sahaja)


Tanam jagung tumbuhnya lalang
Jangan ditebang si pohon jati
Jika ada kasih dan sayang
Ingatlah dia di dalam hati.


Cantik sungguh si ayam serama
Hendak dijual oleh tuannya
Kasih dan sayang kita bersama
Hidup bahagia selama-lamanya.

Dalam semak ada duri
Kalau terkena berdarahlah kaki
Andai ada rindu di hati
Ungkaplah anakku ibumu menanti.



(gambar sekadar hiasan sahaja)

No comments:

Post a Comment